Thursday, September 04, 2014

Memperkudakan Orang Lain

Hi. hari ni masih bercuti. Berbaki 3 hari untuk bersuka ria. Ewah takdelah suka ria sangat. Ada lagi assignment belum siap.

So sekarang aku nak cerita/bebel/gosip tentang kerja berkumpulan atau "Team Work". Team work pada perspektif aku bukan dari segi kumpulan projek, kumpulan belajar je, tapi merangkumi la kumpulan bila engkau berorganisasi.

Dalam 2 tahun belajar dekat ukm dah semestinya berpuluh-puluh kumpulan yang aku dah sertai. Ada yang okay ada yang hmm boleh la. Ada yang harammm tak boleh pakai budak-budaknya.

Tapi tu semua pengalaman. Pengalaman, persiapan masuk nak masuk pasaran kerja. 

Aku taknak tunding jari pada sesiapa. 
 

Apa yang paling famous dalam team work ni adalah sleeping partner atau dalam bahasa kesatnya manusia yang memperkudakan kawan-kawan, takde perasaan.

Even orang nampak aku ni kepala gila, kalau part kerja aku serious. Ha kau jangan tak percaya kahkah. Aku tak tau aku buat kerja terlalu cepat atau orang lain yang lambat, aku memang paling paling pantang kalau aku tanya something orang lain tak respon langsung. Contoh kan kalau discuss dengan kawan dekat FB/WhatsApp, mesti la ada "Last Seen"/"Seen by" (benda yang paling korang menyampah) dah tentu la aku trace kau baca tapi kau buat bodoh. Padahal tu kerja kumpulan kau biar kawan kau buat sendiri.

Tapi aku cuba ubah diri, oh mungkin dorang ada benda lain nak buat. mungkin line takde ni. mungkin mungkin dan mungkin. Belajar sabar. 

Bila buat report kumpulan antara benda payah, bila kau dah siap part kau and kawan kau buat terhegeh-hegeh je, nak tak nak. Padahal banyak lagi benda lain nak buat. Bukan kau buat sekali terus perfect kena edit macam-macam sampai tahap kau terpaksa buat part kawan kau. 

Hello kawan, kau tak rasa malu ke sampai orang lain buat kerja kau ? Atau kau suka Oh yeassss, dia buatkan aku. Kau tak boleh nak fikir ke tu amanah untuk kau ? Lepas tu dengan tak malu apa semua, tak mintak maaf lagi. Dah macam muka tembok. 

Pernah jugak ada yang langsung tak involve apa-apa. Kalau ikut hati yang jahat, memang taknak letak langsung nama dia dalam report tu. Sebab kesian. Kesian. Kesian. Sebab kita manusia. Ada hati perasaan.

Aku memang cepat marah kalau orang buat kerja macam nak tak nak. Tu masalah aku. Sabar sabar. Sampai bila aku buat kerja orang aku terpaksa istighfar banyak-banyak sebab nak ikhlaskan hati buat kerja orang lain. 


Mungkin kau tak pernah rasa macam tu sebab kau memang jenis suka orang lain buat kerja kau atau dengan istilah kau memang suka menunggang kawan-kawan kau. Aku tak doakan, tapi kalau kau teruskan perangai macam tu memang susah hidup kau nanti.

Dan aku bersyukur thesis adalah secara individu. Memang berkumpulan banyak faedah. Tapi berkumpulan yang betul-betul komited. Tahu matlamat.

There is just my point of view, if you have another opinion about your perception and how you handle and face your teamwork, just proceed with it.

Akhir sekali, maaf atas segala kesalahan kata. Aku taknak disebabkan perkara macam ni, manusia boleh putus saudara.


No comments:

Post a Comment