Wednesday, October 01, 2014

Outdoor Session Review: Menjengkelkan Diri di Skytrex, Shah Alam

Tarikh: Around September 2014
Tempat: Skytrex Shah Alam
Anjuran; Wawa, Dijah, Ain

Well well welllll, this is our second time merendek kat sini!  tak perlu membebel panjang rasanya sebab semorang mesti nak tengok gambar je kan. Haruslah aku belanja gambar yang terperuk dalam hardisk bertahun lamanya.

Nanti bila dah sampai pintu masuk, engkorang akan pergi tempat skytrex tu naik:
ha lori ni la. Apadiaa nama tak tau ah. ke bas? lori? bas? dalam 10 minit je. Sempat la fefelingggg titanic dalam bas sambil tudung berkibaran ditiup angin

Macam biasa, kami pilih Extreme Challenge Category. Kemonnn takkan nak main beginner punya. Tak remaja la. So bayaran dia RM 55 per person + RM 3 (Entry Fee Taman Botani + RM 5 (Glove).  Ada discount kalau pergi lebih 10 orang. Lupa laaa engkau pegi check la website dia sana http://www.skytrex-adventure.com/?page_id=236

Tapi kalau kau ada glove sendiri, takyah la beli. Glove haruslah tebal dan padu yea untuk mengelakkan tangan bengkak merah dan menurunkan kadar mas kahwin. 

Ada locker untuk simpan barang, bayaran deposit je. Berapa ringgit tah. Lupa. Lepastu ada jugak bottle holder kalau korang rasa tak boleh menahan dahaga yang melampau. Harga dia pun lupa sebab aku tak bawak botol naik atas tu.

Better beli online, sebab kalau walk in, jarang sekali la dapat turn main. 

As summary:

Ada orang tanya, boleh ke bawak handphone naik atas? Mesti aaa boleh kalau tak cane nak rakam kan detik bersejarah di awanan. 22 meter je dari tanah. Tak tinggi mana la. Kakakkakka *acah sikit*

 Alhamdulillah ketiga-tiga sister ini tidak mengalami kegayatan langsung! saya ulang, langsung tak gayat!!!!! Nak duduk atas tu lama-lama sampai taknak balik. So the first obstacle kena naik tangga yang tinggi namatey iniewww. Terasa kejung kaki.

 And then ada la checkpoint yang kau boleh berehat sebentar sambil mengenyit mata pada mana-mana pemandangan indah di samping nak selpi.

Haruslah gigih memaksa kawan-kawan beliau tangkap aksi-aksi yang tak diingini

Tengah bantu membantu rasanya tuu

 Yang sorang tu tah tengah buat ape tak tau ah. Masih gigih bersahabat dengan besi berani

 Tak susah la jangan risau. Semuanya senang. Celah gigi jerk. Ya Allah maafkan hambamu terbongkak sedikit

 See, selamba badak je dia ni sengih sengih kahkah tak takut langsung agaknya 

Tapi pasti ada yang mengerikan. Satu je!! Satuuuuuuuuuu ini diaaa lompat ala tarzan. Memang tak mampu mengenangnya lagi, mau kecut adrenaline ini. Usus pun boleh meletop. Tapi terfikir, cane boleh lepas haritu? hahahahaha

Yang paling best, kat sini banyak flying fox. Banyak sangat!!!!!!!!!!!!!!!! sampai aku terundur balik ke belakang. Pastu tersadai kat tengah, lalu brader penyelamat datang menghulurkan bantuan dan membawa sis ke tempat asal. Berat sangat barangkali

 Kasi can kakak selpi dengan ketiak basah tahap meksimaaaaa

 Tapi dia ni muka je cam happy. Tapi acah berani je sebenarnya. Weeew yucksss

ni pun sama la, terketar-ketar. Bergetar seluruh tiub getah akibat nervous melebihi kadar normal

Tadaaaaaaaaaa tasangka ye sungguh berani

 Okay. Dah boleh balik kot. Lepas 2-3 jam. Tapi rasa 2-3 minit je. Tak terasa langsung!

Tapi peluh dan menjejeh. Rambut kalau bilas, cukup 8 besen besar. Kahkahkah so this is the last station. boleh la nak baring tergolek atas ni

Kenapa baju sama?!!!!!!!!!!! Sebab kalau hilang senang nak carik, gittewww. "eh, kawan saya hilang, nampak tak. dia pakai baju sama dengan saya"



R stand for siapa tah. Rasa nama aku takde R. Hmmmm jodoh kot. Razak? Ridzuan? Roslan? Rosmah? oh tak mungkin.

 ni takyah cite panjang. K tu khadijah la kot hahahahaha

Serupa takde motip. T apa dia T yang batak sangat nak mengendeng kat T? Talib barangkali.

Glad to have this two crazy human. Dah, takyah angkuh bila dapat ayat sweet cemniii

Post wajibbbbb. 5 kali datang 5 kali lompat


ni tah dari kamera siapa gambaq kabur nokharomm

Overall semua okay. Staff semua pun okay, tapi this time kitorg pergi ada gaduh dengan sorang staff perempuan dia. Tapi takpela, lupakan saja sengketa lama. hahahahaha yang penting memang best untuk release tension walaupun tak tension mana! hakhak

Kalau nak pegi, better pilih dalam pukul 9-10 pagi atau 3-4 petang. Sebab takde matahari sangat. Tapi kalau nak pukul 12 tengahari pun bolehhhhhh bukan kena matahari pun dibalik pokok. Ah cakap serupa indiaaaaa.

Lepastu engkorang boleh jalan kat area taman botani tu, banyak lagi benda boleh buat. Berbasikal, tengok hewan, tengok pokok, tengok masa depan. Eh.

No comments:

Post a Comment