Friday, March 18, 2016

Family Trip: Kota Kinabalu Part 2

day 2 - 11 March 2016


Rumah Terbalik

Hari ni bermula dengan jeritan mak disebabkan aku yang terbangun lambat, not really lah terlambat bangun. Busy iron baju, kang tak cantik pulak ngehehe. So tanpa bersarapan (orang lain, makanan semua selamat masuk dalam usus kecil), kami maju ke ruma terbalik yang katanya satu-satunya
di Malaysia. Aku sebenarnya takde la minat sangat nak melawat benda-benda macam ni kalau kena bayar. kalau free okay jugak! hiks



Jadi sebagai syarat sah pergi KK, kena la tangkap gambar sebagai bukti. Kakakkaaa. Kemahen mahal ye sorang RM 10.60. Gst la tu! Senang je engko buat duit. Kos buat rumah ni sekitar RM 2 Juta (Najib masih menang lagi). Cuba kau bayangkan, 100 orang pengunjung. Katakan tiap hari 100 orang.

100 pax * RM 10.60 * 365 hari = RM 386,900
Kos nak cover 2 juta = RM 2,000,000/RM 386,900 = 5.1 Tahun

Nak cover 2 juta, dalam 5 tahun 2 bulan centu. Katakan rumah ni bertahan sampai 10 tahun. Haaaaaaaaaaaa kaya la engkorang nokss.

Gigih aku tunjuk skill matematik aku yang dah basi. 


Pastu tak kasi hambek gambar kat dalam. Dekut. Dah bayar kot, sekati aaaa 

mami, panas la


Nasib baik awan memberikan kerjasama









Desa Castle Farm, Kundasang

Semua orang yang datang Sabah, mesti nak acah-acah pegi New Zealand. Sebab lembu hitam putih, jadi feeling macam kat New Zealand. Rupanya, memang betul ada lembu kaler macam ni. Ingat dalam cartoon je harharha

Masuk RM 5 per person. Dah malas nak tunjuk skill matematik. Kira la sendiri hewhew Kawasan dia luas jugak lah untuk lembu-lembu bergerak bebas. Bukan saje pameran lembu, malahan kat sini dia proses susu lembu tu jadi macam-macam. Jual daging lembu tu tak pasti lak hekhek


malas nak layan busy makan


Jukjuk ngat sampai tak nampak langit



Kat sini ada asikrim yang patut korang cuba! Aiskrim susu lembu yekyek je bunyi dia kan. rasa dia? mestila rasa susu lembu! hmm sedikit aneh perasaan menjilat aiskrim ni. Satu RM 5.40. Ada perisa coklat, yougurt, vanilla, durian dan tah hape hape lagi


Sempat yak dan kencing lepas susu kena perah hiks


Salah satu tujuan pegi sini, nak tengok macam mana susu lembu tu diperah. Dalam bayangan aku, akan ada sorang makcik duduk mencangkung tepi lembu, pakai topi koboi, pastu perah pakai tangan. Tak sangka, meleset semua tu bila dia pakai mesin je okayh! hahahaha so tak nampak la susu tu keluar pun sebab dia masuk paip terus kan. Punah harapan =,=





Jauh betul derang ni. Takleh ke dekat sikit. Mahal tau bayar ni


hensem

Kinabalu Park

Kaki gunung kinabalu. Masa pergi haritu tak ramai orang sangat. Mana tah pegi semua orang. Yang ni masuk RM 3.00 sahajooo sebenarnya banyak tempak boleh pergi dalam Kinabalu Park ni. Tapi macam nak hujan, cuaca tak begitu mengizinkan.








Dah selesai berpenat lelah (macam engko la drive), makan untuk kali yang entah keberapa. Makan dia kat sini, so so. Not bad. Boleh diterima tekak. Beli maggi sebanyak mungkin untuk persiapan lapar di tengah malam.


Pekan Kundasang



Dan.. check in bilik di Crystall Hill. Best sebab tinggi, tapi dia punya berliku melampau-lampau macam nak menjerit. Disebabkan pakai 4wheel, jadi terpaksa berfikiran positif. Kahkah



Tapi jangkaan meleset untuk makan maggi tengah malam bila lepas je solat isyak pukul terus tertidur sampai subuh besoknya! Dasyat gila perasaan penat tu. 

Rupanya, masa tengah lena diulit mimpi, budak-budak ni masing-masing makan KFC hahahahaah sampai hatiiyyyy tapi KFC sejuk gila lah bila dah naik atas. Padahal bilik bising jugak, tapi tidur punya la sedap, sejuk walau takde aircond! Tidur lupa diri.

No comments:

Post a Comment