Thursday, April 28, 2016

Trip to Perhentian: Mentari Pagi Di Ufuk Timur (Final Part)

Today is the last day! Rasa taknak balik tapi bila fikirkan perut ni, kena balik jugak. Huahuahua. Kami ambekk boat pukul 1.30 petang. Dia jalan-jalan dulu tengah laut nak ambil penumpang dari tempat lain jugak. Almost 20 minutes nak sampai jeti. Sampai je jeti…. Ha macam tak makan setahun, kebulur teruk. Melahap macam lupa yang gigi ni ada pagar.


ingat cantik ke



seolah seorang photographer eherherhehrr


apesal muka centu memasing




laut yang indah. kita pasti bertemu lagi!


Then kami pergi bus stop kuala besut, carik bas. Masa tu dah pukul 3.30 petang. Plan memang nak naik bas, macam biasa la pakcik teksi akan cucuk-cucuk suruh naik teksi, selesa, cepat dan sebagainya. Masalahnya flight dah la delayed, kejadahnya nak sampai awal-awal. Hakhakhak. So tunggu punya tunggu bas, tak kunjung tiba. Before tu aku singgah kedai runcit nak beli mineral water, aku tanya berapa. Aku tak dengar di jawab. Dia boleh tiba “selape, tak dengar ke?” dengar nada yang haram jadah.

Hahahhahahaha taik dia ingat aku paham selape selapee. Cakap la RM 1.80. Ko ingat semua orang paham bahasa engko? Tobat aku tak pegi dah kedai engko tu. Puik.

Tengah relax-relax sedut air “selape” tu, tiba-tiba bas cityliner laju je lalu. Tak stop pun. Ah sudahhhh, terlepas bas -,,- Hati dah cuak takut apakebenda semua hado. Takpe, tunggu setengah jam lagi. Dah ready berdiri kot la bas sampai ennn.Dan akhirnya, bas yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Tapi… pakcik bas cakap “nak pusing sana dulu”. Ah aku tak paham la korang ni cakap apa. Lantak, aku pakai naik je pakcik muka dah lain. Muahahhahahaaa.

Dah tu aku naik, elok je pegi Kota Bharu. Apesal tak bagi aku naik mula-mula? Ni boleh mengundang kemurkaan. Tapi takpe, hati terubat dengan ice-blended coklat berharga RM 1 satu cup. Murah gila hokeh. Sampai je hentian bas Kota Bharu, terus nampak kedai emas!!! Mata macam nak koyak. Hakhakhakkk tapi nak cing lu. Lepas pegi toilet, tiba-tiba kedai emas dah tutup. Nampak sangat tak bagi membazirr -,-





Member sorang ni ngidam nak roti titap. Tanya la orang kat situ, siap tunjuk gambar mana boleh dapat roti macam ni. Ada sorang kakak tu, gigih bagi instruction. Belok sana belok sini macam la aku tau, akhirnya jalan kaki pakai waze. Hehehe Finally, berkat kerja keras menggunakan waze, jumpa pun kedai idaman. Dalam 5-6 minutes jugak berjalan. Huahuahua







Korang amatlah digalakkan ke kedai ni kalau datang kota bharu. Kedai dia warna hijau, signboard tulis Asam ape tah ahahhahaha lupa tapi memang sedappp dan murah! Takde la murah gila namateyh, tapi standard price. Nasi goreng USA dalam RM 6. okay la tu.

Selesai melantak, terus bergegas pergi ambil beg kat bus stop dan ambek teksi. Flight pukul 10.30 mlm, tapi sampai airport 8.30, semangat gilaaaaaa sempat tidur kejap kat surau heheheee

Okay jadi ni la summary duit hangus sepanjang trip ni! here you go yaddaaaa;



Price per person (RM)
Remarks
Flight (KL-KB) - return
79.40
Bukan waktu free seat, kebetulan je ada murah. Hehehe
Pakej Sealife Inn
·         Aurbay Chalet
·         Speedboat Return
·         Snorkeling (5pt)
210
Actually 220 tapi kakak tu kasi discount.
Perhatian: Aurbay chalet takde plug dalam bilik, takde iron, takde water heater, tapi towel ada hehe. Nak charge phone, pergi recept. Org kata ada nyamuk, tapi maybe aku tidur mati, takde nyamuk pun?!
Day 1
ERL (PS – KLIA 2)
9.40

Lunch Nasi Hayamm Airport
10.60
Kebulur, terpaksa gak makan
Taxi (KB Airport – Jeti)
26.00
78.00 per taxi
Caj Pemuliharaan (Marine Fee)
5.00

Snek
8.00

Dinner
8.00
16.00 Nasi goreng Pataya + Teh Ais bahagi 2!
Day 2
Lunch at Kg Nelayan
6.00

Dinner
8.80
24.60 Tomyam + Nasi + Air bahagi 3!
Supper
3.00
1.00 Air panas -,-
2.00 Milo AIs *ngidam teruk
Day 3
Lunch
6.00

Ice blended
1.00
Murahkan?!!!! :D
Bas (Jeti K. besut – KB)
6.00

Dinner
18.30
Melahap macam lupa diri
Taxi (Bus Stop KB – KB Airport)
8.30
25.00 per taxi
Cake
2.50

Mineral Water
2.80
+)1.00 charge tumpang simpan beg. tak larat nak bawak pusing kb ahahaa
ERL (KLIA 2 – PS)
9.40

Parking
9.00
18.00 for 4 days bahagi 2 *jadi 4 hari sebab flight delayed and check out tiket lepas pukul 12 tengah malam. Hareyyy
Total Hangus
RM 437.50

Thanks! 

2 comments:

  1. @Shafiqa Hisham
    terpaksa komen ke? Hhahahahha jahatttt kita jalan bila lagi? hihi

    ReplyDelete