Sunday, September 04, 2016

Langkawi 2016: Menikmati Keindahan Arah Gunung Raya & Selfie Helang

Semangat turun naik nak update belog ni! Kalau fikirkan malas, memang dah tidoq ni. Memikirkan, kang terbang melayang cerita haritu maka terpaksa la bersengkang mata. Hakhakhakk

Gunung Raya

Tempat ni orang takkan datang kalau cuma 3 hari 2 malam kat langkawi. Malah, ada orang tak tau kewujudan tempat ni! Haha mana aku tau? Pasal gigih study setahun sebeum em emm.



Light house dari bawah

Jauh jugak sebenarnya, daripada pekan Kuah ambek masa lebih kurang sejam. Sempat tidur dalam kereta. Hihi Jalan dia kona kona macam nak naik genting, macam dekat tol Gombak sana. Tapi tak teruk sangat. Kira boleh tahan lagi tak muntah.




Mula-mula matian aku ingat mendaki Gunung Raya ni macam mendaki Broga. Rupanya hanya mendaki menggunakan kereta. Hikhok. Tujuan hanya satuuu, nak nengok view Langkawi secara 360 darjah! (Konon-konon, lepastu kabus menjelma. Taguna).


Cantik sangat!!! (sebelum kabus datang emmm)


Entrance Fee nak naik light house ni RM 10


Disediakan aiyaq herba. Tapi tak try pun!! sebab nampak kelibat halia dalam air tersebut -,,-


ecececee masa ni bangga lagi boleh ambek gambaq ada scenery hihi


Kabus makin datang.....


dan datang...


Dan tutup semua! hahahahha ape tak nampakkkk  haremm jadah

pukul 12 tengahari ni, tapi tak nampak apa-apa. Aku rasa, waktu terbaik adalah lebih kurang lepas subuh. Sebab masa tengok Kinabalu dulu pun lepas subuh. Kalau lambat-lambat, awan datangggggg. 

So, tower ni buka jam 9. Boleh la get ready kat bawah tu jam 8.45 pagi. Hahaha (Aku rasa sebab aku datang musim hujan) ermmm.


tengok apa kak?

 Dataran Lang & Taman Lagenda


Sebelah petang tu, berusaha keras pegi Dataran Lang. Dah 2 kali aku pegi, tak dapat selfie dengan Helang tu. Dengar cerita nak dirobohkan, ceh. Pape je la yang penting aku dah ada gambar dengan si helang tu. Kihkih.


Ramai gila ye peminat helang tu. Ramaiiiiii sangat sangat. Petang dah nak senja pun ramai orang. Tapi, ada satu benda yang kena ada dalam diri tu untuk memastikan kau dapat tangkap gambar dengan cemerlang yakni; TAK MALU. Kahkahkah kau selfie posing macam che ta selambe je, even orang pandang-pandang. Anggap la mereka seketul penyapu.


Tadaaaa, dapat la foto yang cantik! Hihihihi



Lalu Taman Lagenda, takde pape pun. Seketul manusia pun takde. Dah, terus balik pegi shopping HIG (paling dinanti-nantikan) aherherher. 

No comments:

Post a Comment