Thursday, March 30, 2017

Wawa Takes Tokyo: The Magnificent Odaiba, Say Hi!

Sebelum fly, aku dah siap siap plan untuk pergi Odaiba. Walaupun Gundam dah dalam proses untuk dibuang. Hakhak masa sampai sana, kepala Gundam tu hilang dah. Lol 

Apa yang menarik tentang Odaiba ni dia ada pantai!! (Pulau buatan should be no problem again)

Statue of Liberty

Untuk sampai ke Odaiba daripada Tokyo, kau boleh naik Rinkai line atau Yurikamome line. Boleh turun dekat Tokyo Teleport Station/Daiba Station. Sebenarnya ada banyak la cara lain. Aku tak la buat banyak sangat research sebab akhirnya aku datang sini by road trip  



Korang boleh refer map ni. Kawasan dia luas. Tapi tak rasa pun bila jalan tu! Hehe

Kawasan Odaiba ni luas. Macam bentuk segi empat tepat. Jadi terpulang lah nak start dari mana. Cuma kalau kau turun dekat Tokyo Teleport Station, kau akan jumpa Diver City Tokyo dulu. Dekat sini la terletaknya Gundam besar bangunan tu, masa kitorg lalu tuu Gundam dah jadi penanggal. Kepala hilang  New Gundam on the way katanyaaa. Dekat sini ada beberapa mall lagi, Aquacity Odaiba dengan Leaisureland. Semuanya kitorg masuk!! Sebab nak heater  

Daiba Station

To define Odaiba, kawasan dia lapang. Ada iras iras Yokohama sikit. Tapi Yokohama lebih cantik lah pada aku   (Ciri ciri belum move on dari Yokohama).  But this place still accepted and registered into my mind sampai harini. Nampaknya Odaiba berjaya mengambil tempat dalam hati. Ceheee.

Macam biasa uruskan anak jap

Mica tercepit kakakakaaa 




Statue of liberty acah acah new york

Selain daripada tu, tak jauh dari mall mall ni terdapat juga Statue of Liberty (dekat dengan Aquacity). Kawasan dia betul betul dekat. Tak perlu jalan jauh sejauhh hari hari sebelum ni  Tapi saiz statue ni takdelah sebesar dekat US tu. Berlatar belakangkan Rainbow Bridge, sangat lah perfect moment! Kalau malam, mesti lagi cantikss


Busy makan Takoyaki --- sejak bila Apam makan takoyaki? 樂 
The OMG moment was happened


Harap harap kali ni takde dah manusia kuat menyibuk screenshot photo photo istimewa kita pastu forward dekat group whatsapp serupa takde kerja langsung dah kan 


Kak Ca, Mami, Apam and anti the bibik yang super excitedss  Masa ni betul, kak ca tak buat hal banyak sangat. Sikit sikit je la drama dia haha


Odaiba Seaside Park

Turun tangga dekat area statue tu, kau akan terus dapat access ke pantai! (Part yang paling dinanti nantikan). Memang la tak secantik pantai dekat pulau. Tapi ini sudah cukup untuk mengubat rindu pada angin pantai dan pulau  Unik betul, tiba tiba ada pantai kat sini hahaha. Even hanyalah pulau buatan, angin tak kurang jugak kuatnya. Yang penting, masih sejukk dan nyaman sekalii.


Fashion baju hari ni ambek tema pokok krismess 

 Kalau pakai satu set hijau merah putih ni memang tak lain tak bukan, pokok krismas bergerak

 Pose diva behave checked

Cantik terukkkk. Memang cantik, sebab dia adalah bernama pulau dan pantai  




Sebenarnya tak perlu la kitorg kacau burung burung tu. Orang lain sibuk nak main dengan burung ni, kitorg datang pegi terkejutkan sebab nak dapat shoot cantik. hakhak

dalam hati orang kat situ mesti tengah cerca kitoghanggg 

 Sebelum terkejut kan burung. Brader sebelah tu busy hambek gambo kakakakaa

 See, takleh mandi kat pantai ittewww

 Apam yang tenang sebelum kena kacau dengan kakak


 Muka tak bersalah je kacau hadekk dia 

Tau pun rimas kena pelukkk 


me and mesin gedengang such a faultless couple. lol



Aku mengalami kepedihan muka yang melampau sejak hari pertama disebabkan angin yang menampar-nampar muka ni. Tapi, hanya pada hari terakhir aku teringat yang aku ada penutup mata ni. Kalau kita tauuuuu, kita pakai dia kat mulut kita. Tak pedulik dah orang pandang pelik, yang penting muka tak sakit 

 sebijik jerawat hadiah dari Nippoonnnn yang masih sihat hingga hari ini

Depan Venus Fort. Tapi wheel kat belakang tu tahh ek wheel apa kakakaka


Busy makan maap


 Ye ye dan masih makan


.
Kalau kau minat kereta boleh la test drive Toyota disebabkan ada Auto Show dekat sebelah venus port tu. Ye dekat Toyota City itteww. 

Kitorg masuk situ, tapi sebab aku tak minat kereta, jadi aku takkan review kahkah

Tak dapat rainbow bridge, rainbow jejantas pun okay


 Sampai ke malam la enkoo duduk kat Odaiba tu kan 


Kesimpulan Odaiba adalah sangat sesuai untuk manusia pencinta ketenangan. Daripada Odaiba untuk ke airport dekat jugak. Dalam 10 minit? Okay yang ni aku agak je sebab bukan aku yang drive. hahhahaha 


 selamat tinggalkan isi perut dekat tokyo. moga jadi kenangan hakhak


Sampai je airport, siap siap solat sebelum check in bag. Hmm airport dia okay, taklah sebesar alam macam KLIA2 yang macma nak buat maze runner tu. Sooo, this is last day in Japan. Sedih terukk bukan sebab percutian dah habis. Tapi sebab mengenangkan kena masuk office. So negative vibes aku nihhh 

No comments:

Post a Comment