Thursday, April 20, 2017

Sumatera Barat Indonesia: Liburan Padang

Dengan pantas kena update demi mengelakkan kerja bertambah besok besok! Pantas betul masa berjalan. Dah penghujung bulan April rupanya 

Short visit kali ni membawa diri terbang ke tanah Sumatera Barat, Indonesia. Gaiss aku rasa one day aku patut gali dan korek semua pelusuk Indonesia πŸ€— Tujuan beli tiket ke sini tak lain tak bukan adalah bawak mak bershopping sakan πŸ›πŸ’Έ (iolss ikut tumpang troli) selain daripada nak try masakan Padang yang orang kata sedap sangat tuhhh --- usap perut. 


Awan tercantik setakat naik flight kali ni

Flight dari KL pukul 7.50 pagi dan arrived to Minangkabau Aiport pukul 8 pagi. Whatttt 10 minit jekk?! Yeh, 8 pagi waktu tempatan hehe. Perjalanan yang 1 jam tu langsung tak terasa, bila mana aku duduk je terus tidur. Subuh gajah kan!!! Landing kat bahu mak, rupanya air liur keluar πŸ™„ selama ni mulut tak pernah bocor, nampak tak betapa nikmat baring kat bahu mak sendiri? 


Starter Pack

The Queen (Queen Control? No no no!) hehe

Terkujat nengok menu baru berharga RM 6 untuk 3 ketul karipap.
Koma sebentar. 

Begitu juga dengan kek kek yang boleh di beli di bakeri. Harga atas langit, harga pun mencanak naik

Lepas take off tu sambung lagi tidur sambil bermimpi menjadi kaya raya (Eh?), memang dasar manusia kuat berhibernasi. Bangun je, terus dapat makanan. Pastu sambung tidur πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Oh ye kawan kawan, terdengar conversation abunkk pramugara dengan sorang passenger ni. Bahawa tiada makanan seperti nasi goreng, nasi lemak, mac and cheese atau pape yang panas dalam flight ke Padang. Hanya ada snack je. Jadik kalau nakk jugak, kena pre-order.

Kalau sesiapa tak reti nak book makanan pre-order, tolong bagi tau. Nanti iolls tunjuk! Hahhahaha

Minangkabau International Airport

Haritu hujan renyai renyai. Flight landing agak kuanghajo sikit, terhempas sedikit montot ini. Setibanya di muka pintu imigresen. Masyaallah, apehal gelap nokss. Black out ke?!!!! Dengan ruang dia yang kecik, beratur panjangggggggg, black out! (lupa bukak lampu kan senanye?) Rasa nak carutsss *seraya urut dada. Sementara tunggu nak beratur tu, sempat aku cakap dengan mak, tolong lah beratur dulu.. kita nak yayak  Nampak tak berapa panjang beratur tu sampai kita sempat yayak?!

Lepas aku keluar toilet je, baru dia bukak lampu dan mak masih beratur! Aneh la airport ni, Earth Hour pagi pagi kenapa  Setel immigration clearance, kena scan beg pulekkk kat kastam sana. Masa dalam flight dia takde kasi demarcation form. Aku pelik jugak. Rupanya, lepas immigration, kena tulis kat luang legar tu! Aduhh merepek gilaaa! Dah sesak ramai orang takde meja, mengundang carutan sekali lagi. 

Agak strict jugak, before nak keluar dari gate tu. Kakak kastam siap depa tangan.... 

"berapa orang?"
"4"
"Yang mana?"
"Ini -- sambil tunjuk semua"

Dia pun sibuk kira satu dua tiga dengan mulut terkumat kamit. 

"okay boleh jalan"

Hahahahahahhaha teringat masa kat Haneda Airport, bertenang gila. Tak kena cek langsung. Mungkin masa kat padang ni muka aku ada macam penjenayah yang baru merompak kot. 

Okay setakat tu drama dan sinetron di airport. Keluar je arrival gate, pak supir dah sedia menunggu sambil pegang kertas nama najwa Welcome to Padang. Heheh

Ekon tolak atas pasal sejuk hujan pagi pagi adehh

First stop adalah have a breakfast!! -- Even dah makan nasi lemak dalam flight  Pak supir kata, ni antara breakfast yang best. Entah, tak tau nama kedai, tak perasan sebab kerja dalam kereta nak tutup mata je. Celik je, dah sampai kuikuikui


Tak sabar nak shopping eh labur duit idr? Sabar gaisss, trip ni memang menggasak account bank secukup rasa


Okay jadi kitorg order soto ayam dan lontong sayur! i vote for soto ayam. Gila ke apa Wawa nak makan sayur 

Soto ayam!
Pelikk tak?!!!! 

Nasi impit + Keropok moni (keeeeropok moni -- iklan kat tivi)

Sup ayam

Jadi sebenarnya, aku tak tahu macam mana nak makan! Sup masuk dalam nasi impit ke. atau nasi impit masuk dalam sup? hehehe

Rasa dia, okay la. Not bad. Licin jugak tewww aku telan

Kendian pak supir bawak la kitorg sightseeing sekitar Bandar Padang ni. Bandar ke? Apa yang aku peratikan, Padang ni agak membangun la jugak. Dulu Padang penah di jajah Belanda, termasuklah kawasan Bukit Tinggi. 

Oh ye sebelum terlupa, enko tengokkan cite Tenggelamnya Kapal Van der Wijck? Alahhh ituuu Hayati sama Jainudin? hehehe dekat sini la adanya Padang Panjang yang disebut sebut. Padang Panjang Serambi Mekah. Tempat orang-orang Minang di Paya Kumbuh.  Dan of course, most of the building bertemakan Minang macam kat negeri sembilan tu.

Masjid Raya Sumatera Barat, Padang
Besar menggila tak muat kamera

Selepas menggunakan panorama kehkehkeh


Kata pak supir, kat sini kalau nak bina bangunan gomen, mesti buat bumbung minang. MESTI/WAJIB. Kalau taknak, takleh buat bangunan. Gituh sekali. Mengingatkan aku pada bacaan terhadap bangunan di Santorini yang katanya bumbung mesti kaler biru. Pastu, dah dirikan takleh robohkan. Kena biar dia roboh sendiri --- Adat Minang.

Perjalanan nak pegi Bukit Tinggi ambil masa dalam 2 jam, dalam perjalanan ni ada melalui satu pantai ni. Takdelah terlalu cantik, tapi sebab dia adalah pantai maka aku mintak pak supir berenti kejap snap photo seround dua melepaskan rindu pada sang bayu.

Ini baru nama dia pasir hitam. hakhak pantai ni berada di lautan Hindi. Sesungguhnya Indonesia ni banyak tempat yang cantik! Even dekat Padang ni ada Pulau Mentawai. Tapi nak menuju tu, punyalah mencabar. Kena naik feri dari Jeti, tapi ambek masa yang agak lama kat Pak Supir. Dalam seminggu ada dua tiga kali je feri yang pegi sana.

Masa aku risik-risik Pak Supir, mak dah geleng kepala tanak pergi. Hahaha risau la tu! Jadi kita takdela pegi. Gila ke nak bawak mak pegi tempat maha adventure πŸ˜œ

Peta Padang



Signboard besar gajah tepi pantai

Tepi pantai ada jugek orang niaga



Sekitar tepi pantai



Okay guys setakat ni dulu. Sesak napas kakak hapdet. Esok esok sambung lagi.

No comments:

Post a Comment