Friday, May 12, 2017

Weekend Flying:Ada apa dengan Padang? [Part 2]

Aritu tak sempat kakak nak habis kan semua part. Jadi kita sambung sini lah.


Ada lagi 4 perkara yang menarik tentang Padang. Which issss tadaa;


Jam Gadang

Hampir ke semua orang yang pegi Padang akan datang sini. Alah sekadar menara jam. Aku tak tau apa yang menarik. Lokasi Jam Gadang ni amatlah dekat dengan Hotel yang duduk tu ari. Eh jap, taklah dekat gila bukak pintu nampak terus. hmm 5 minutes walking distance?

 lalu kedai kedai ni dari hotel ke Jam Gadang

 Meriah sekali kat sini. Ramai sangat orang. Okay lah kalau nak bawak dak dak kecik. Macam kat Dataran putrajaya depan mesjid tu

Time ni dah petang sangat. Sebab kitorg shopping dulu kat pasar atas. Hahah jadi di penghujung pasar tu, muncul la dekat Jam Gadang ni. Langit pun dah gelap, hujan macam nak turun. Jadi ni la hasilnya!! Gambar gelap emm 

Kuih Neraka (Whatttss?!!)


First time dengar masa Pak Supir tanya, nak makan kuih neraka ke? hahahaha i was likee ehh apeni kuih neraka?? Panas keee aaaaa


 Upacara bakar kuih neraka



Okay rupanya tu adalah kuih yang di masak atas kayu api. Atas bawah ada api, maka terhasil lah kuih neraka. I'm not really sure how to describe the taste, tapi dia macam lempeng kelapa. ada serbuk kepala tu. eh. kelapa. Alah ape tah nama dia. Sedap jugak lah, ala-ala makanan orang kampung zaman dahulu kala. Wajib try kalau kau adalah pencinta dan pencuba makanan. 

Usaha korek kayu

 Ini la hasilnyaaa 


Salam

Sempat aku pusing pusing belakang kedai dia. Nahhhh bersepah kayu kayan

Apelagi tu jom balik

Kedai dia tepi jalan je, ada a few kedai jugak. Tapi yang kitorg pergi ni antara yang sedap katanya (atau pun pak supir dapat komisyen). muehehehe

Shopping Time


Sememangnya Padang adalah syurga membeli belah untuk para ibu dan para mereka yang nak kawen pakai baju sulam meriah. Baju sulam, kain songket, baju yang dah siap, telekung, eh banyak gila. Mak kita sampai pening kepala nak pilih. lepastu rasa nak beli semua. Hahah jadi kat sini kita nak kongsi kedai-kedai yang kitorg singgah. Sebenarnya, kata sorang kawan ni Pasar Baru lagi murah. Tapi sebab masa aku tau tu aku dah pun shopping banyak (mak yang soping senanye), jadi aku terpaksa butakan mata pekakkan telinga. Kang jumpa lagi murah, sendiri yang sakit hati. Hehe

Layankan je lah moment yang kita sempat rakam kan ni ☺

Putri Minang

 Rembat satuuu






Mayang Taurai









Linduang Bulan


 Dah soping tu jangan lupa sedekah 



 Siap duduk bersila 樂 

Satu Karya, Pandai Sikek

Kedai ni agak di pedalaman sikit. Kena masuk kampung apa kejadah semua tu, tiba tiba ada kedai cantik ni 

Owner dia cakap, barang dia murah sikit. Sebab tanah kedai ni tanak dia sendiri. Tapi tak tau la kittew kann harga dia kalau compare tempat lain.





 bola bola telekung

Mak cakap. Cantik ni wa buat kahwin. Nak tak?

lalu bertanya pada tuan kedai. Berapa ni? 
"RM 800"
sambil mak berbisik "takpelah la, lain kali eh"

Terus tak jadi beli 



Pasar Atas

Berkonsepkan uptown dan flea market. Aku memang suka tempat cenni. Di mana harga dia boleh di tawar (paksa tawar). Dan berbagai jenis benda ada 

 Kedai souvenir. Ada banyak pilihan, pilih la mana-mana kedai kau suka




Seperti biasa, moto yang banyak dia indonesia termasuklah di Bukit Tinggi




 Sempat rembat satu

Cium bank 


 Street market buat mata koyak






Tergoda lagi


Demikian lah barang barang Pasar Atas

Selain tu ada jugak kedai makan yang jual bakso, satay, mee dan macam-macam lagi!

Hasil buruan sama bonda terchentaaq 


Makanan

Masakan padang ni, istimewa dia sebab dia hidang sekali banyak bermangkuk-mangkuk. Pada aku, mana mana kedai makan pun rasanya sama je. Hahahaha sedap tu sedap lah, sebab tak dapat macam tu kat Malaysia. Jadi antara restoran yang sempat weolls singgah adalah Rumah Makan Pak Datuk & Lamun Ombak. Dua ni je kita ingat. Maap 

Decoration dalam kedai. ala ala rumah kampung lah hee

 Siap ada tv betul betul macam ruang tamu dalam rumah



 Aneka lauk pauk




Rasanya antara yang paling mencuri hati adalah masak kari dia. Sebab dia punya rasa tu macam pelik sikit. Tapi memang sedap. Rasa dia ada campuran kari dengan masak sambal dengan masak merah. Eheh susah nak explain tapi memang sedap 

Adeh sesak napas la update. Banyak lagi belum cover ni. Tunggu la kakak ada spare time lagi nak review benda benda lain kat Padang ni, disamping hotel yang kitorg duduk. Cukup lah dulu ni 

No comments:

Post a Comment