Thursday, September 04, 2014

Memperkudakan Orang Lain

Hi. hari ni masih bercuti. Berbaki 3 hari untuk bersuka ria. Ewah takdelah suka ria sangat. Ada lagi assignment belum siap.

So sekarang aku nak cerita/bebel/gosip tentang kerja berkumpulan atau "Team Work". Team work pada perspektif aku bukan dari segi kumpulan projek, kumpulan belajar je, tapi merangkumi la kumpulan bila engkau berorganisasi.

Dalam 2 tahun belajar dekat ukm dah semestinya berpuluh-puluh kumpulan yang aku dah sertai. Ada yang okay ada yang hmm boleh la. Ada yang harammm tak boleh pakai budak-budaknya.

Tapi tu semua pengalaman. Pengalaman, persiapan masuk nak masuk pasaran kerja. 

Aku taknak tunding jari pada sesiapa. 
 

Apa yang paling famous dalam team work ni adalah sleeping partner atau dalam bahasa kesatnya manusia yang memperkudakan kawan-kawan, takde perasaan.

Even orang nampak aku ni kepala gila, kalau part kerja aku serious. Ha kau jangan tak percaya kahkah. Aku tak tau aku buat kerja terlalu cepat atau orang lain yang lambat, aku memang paling paling pantang kalau aku tanya something orang lain tak respon langsung. Contoh kan kalau discuss dengan kawan dekat FB/WhatsApp, mesti la ada "Last Seen"/"Seen by" (benda yang paling korang menyampah) dah tentu la aku trace kau baca tapi kau buat bodoh. Padahal tu kerja kumpulan kau biar kawan kau buat sendiri.

Tapi aku cuba ubah diri, oh mungkin dorang ada benda lain nak buat. mungkin line takde ni. mungkin mungkin dan mungkin. Belajar sabar. 

Bila buat report kumpulan antara benda payah, bila kau dah siap part kau and kawan kau buat terhegeh-hegeh je, nak tak nak. Padahal banyak lagi benda lain nak buat. Bukan kau buat sekali terus perfect kena edit macam-macam sampai tahap kau terpaksa buat part kawan kau. 

Hello kawan, kau tak rasa malu ke sampai orang lain buat kerja kau ? Atau kau suka Oh yeassss, dia buatkan aku. Kau tak boleh nak fikir ke tu amanah untuk kau ? Lepas tu dengan tak malu apa semua, tak mintak maaf lagi. Dah macam muka tembok. 

Pernah jugak ada yang langsung tak involve apa-apa. Kalau ikut hati yang jahat, memang taknak letak langsung nama dia dalam report tu. Sebab kesian. Kesian. Kesian. Sebab kita manusia. Ada hati perasaan.

Aku memang cepat marah kalau orang buat kerja macam nak tak nak. Tu masalah aku. Sabar sabar. Sampai bila aku buat kerja orang aku terpaksa istighfar banyak-banyak sebab nak ikhlaskan hati buat kerja orang lain. 


Mungkin kau tak pernah rasa macam tu sebab kau memang jenis suka orang lain buat kerja kau atau dengan istilah kau memang suka menunggang kawan-kawan kau. Aku tak doakan, tapi kalau kau teruskan perangai macam tu memang susah hidup kau nanti.

Dan aku bersyukur thesis adalah secara individu. Memang berkumpulan banyak faedah. Tapi berkumpulan yang betul-betul komited. Tahu matlamat.

There is just my point of view, if you have another opinion about your perception and how you handle and face your teamwork, just proceed with it.

Akhir sekali, maaf atas segala kesalahan kata. Aku taknak disebabkan perkara macam ni, manusia boleh putus saudara.


Monday, September 01, 2014

#REVIEW_NOVEL : ILUSANITI (Fixi)

hello ! Well cuti ada seminggu lagi. Masa cuti ni la akan dimanfaatkan dengan benda-2 yang tak boleh dibuat masa sem panjang. Ni kira pertama kali aku review buku setelah melalui zaman-zaman remaja. Ahahahaha okay-2

Aku baru je berjinak-jinak dengan novel urban ni tahun lepas. Aku kaki novel dari darjah 2 kot. Masa tu suka cerita hantu, lepastu darjah 6 sampai la form 5 aku suka baca novel cinta romantik-2. Dah tu masuk U memang takde masa nak baca. So aku beli banyak-banyak novel yang pastinya bukan ayat bunga-bunga, kumpul nak baca masa free. Hakhak. Aku rasa dah sampai masa aku geli geleman baca novel cinta like eiuwww you know. Tu pun banyak lagi belum habis baca.

http://24.media.tumblr.com/4ebfa599b66e0b2acc4de1dc18b80f0b/tumblr_mlh7vw7sjZ1rg96mko1_1280.png

Okay panjang gila mukadimah. Kata review kan, so kau baca je apa aku taip. Jangan banyak cerita. Hakhak.
 
Maka, ILUSANITI karya Adib Zaini aku baru je beli masa habis paper final short sem hari tu. Lalu gimana ? 

Apa yang pasti aku sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Sampai aku tidur nak kena ada orang kat sebelah.

Mengisahkan tentang budak-budak yang kononya sangat bandar berkenalan secara online and decide untuk jumpa face-to-face. Macam-macam ragam diorang ni. Masing-masing ada karakter tersendiri. Lepas diorang jumpa and tengok movie, macam-macam benda pelik yang berlaku. Amnesia, imsomnia, ke apa nama dia, halusinasi, kawan diorang mati satu persatu as a suicide, lepastu boleh dioarang boleh nampak orang yang dah mati, siap sembang lagi. kemahennn.

Memang berdebar. Secara keseluruhan aku rasa plot memang menarik. Penulis banyak kaitkan dengan unsur-unsur game, black metal dan segala kejadah yang memang aku tak familiar tapi aku layan kan sebab aku memang suka saspen-2 ni. 

Aku enjoy baca cuma part ending dengan bahasa yang digunakan.

Endingnya, aku rasa memang ramai pembaca lain pun tak faham agaknya. Apa yang aku boleh kata, ending tak seperti yang aku harapkan. Yelaaaa aku bukan penulis kot. Ahahahah so aku buat kesimpulan sendiri je la yang hero dia masuk hospital sakit mental dan sampai sekarang aku tak tahu siapa yang jahat sebenarnya. Aku yang boleh mental macam ni.

Aku harapkan budak-budak insaf dipenghujung cerita. Takpun semuanya mati ke kann. Dan aku lost gila ending dia.

Lagi satu, berkaitan penggunaan bahasa yang sudah tentu aku tak berapa gemari. Patut la kawan aku cakap novel fixi tak tapis. Aku ingat tak tapis hapenyaaa. Aku baru berjinak kot mana la aku tahu. Huahua. Mak aku nak pinjam sebab dia suka cerita macam ni jugak, tapi aku kata "takyah la mak, banyak mencarut". Terus mak tak jadi nak pinjam. 

Agaknya kalau bahasa aku macam dalam novel ni, mau muka aku ni berbirat kena tempeleng dengan mak ayah. Pernah tercakap bodoh dulu, sikit lagi nak kena lempang dengan mak. Agak kejutan budaya jugak la aku baca novel ni sebab aku totally tak biasa dengan bahasa dia yang teramat kesat bagi aku. Aku tak la islamic mana, tapi aku tak membesar dengar perkataan yang begitu jadi lepas ni aku kena stop beli novel fixi. Kalau nak beli pun kena tanya kengkawan dulu haaaaaa. Kau rasa ?

Aku bagi 4/5 untuk plot. Tak termasuk benda yang slack.